Isnin, Jun 27, 2011

Ayat kakai kepada Nurul


kawan2 kakai dah jiwang...

p/s nurul : jangan marah haaa...ni nak bahan kakai sahaja...

Selasa, Jun 21, 2011

INNALILLAHIWAINNAILAHIRAJIUN...

Salam semua,
Ayah kepada Mohd Azizi (lui selatan)
telah menghembuskan nafas yang terakhir
pada malam tadi kira2 jam 12 tengah malam
di klinik.
Arwah meninggal dunia akibat sakit mengejut.

Mari kita doakan semoga roh dicucuri rahmat
dan sedekahkan Al-fatihah kepada arwah.

Isnin, Jun 20, 2011

SEDIKIT RENUNGAN

Assalamualaikum,

Menu santapan rohani pagi ini.

InsyaAllah semoga Allah sentiasa melindungi kita dari kemurkaanNya dan memilih kita di bawah naungan kasih sayangNya.


Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda, “Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”. Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi saw. menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim”.
H.R. Hakim

Keterangan

Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah saw. tadi telah banyak kita lihat di kalangan kaum muslimin di hari ini. Di sana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasud-menghasud dan sebagainya.
Marilah kita merenung maksud hadis ini, dan marilah kita bermuhasabah!


Shaikh Ahmad Fahmi Zam-Zam

Hadis 40 Peristiwa Akhir Zaman

Rabu, Jun 08, 2011

Aisyah n Anisa Latest