Khamis, Oktober 27, 2011

5 c

Rabu, September 28, 2011

PANGLIMA SG BULOH



'Panglima Sg buloh'

Perarakan panglima di UPSI
>> Oleh Alan
biskot@yahuu.moc

Tg Malim - Pada 27 hb September 2011 telah berlangsung satu acara gilang gemilang menyambut kepulangan seorang panglima yang cukup disegani oleh penghuni hutan. Ketibaan Panglima Sg Buloh disambut dengan meriah di Padang UPSI.
Panglima yang segak bertanjak dan berbaju pink telah diarak memasuki padang dengan alunan serunai yang di import khas dari negara Pulau Tak Berpenghuni.

Ahad, September 18, 2011

Zai Selamat Melahirkan...

Sahabat kita Zai isteri kepada Azizi selamat melahirkan bayi lelaki tengah hari tadi...
Mari kita sama-sama mengucapkan kesyukuran dan tahniah kepada mereka...
Yang berkesempatan boleh la melawat...

berita ini di sampaikan oleh Malek sebentar tadi... Terima kasih kepada beliau....

Selasa, September 06, 2011

PROTON ESPIRE aka PROTON PERSONA R

Kepada semua yang nak tgk gambar proton terbaru boleh tgk....
sekali ku pandang ada ala2 honda city pulok...
ape2 pun tahniah proton dengan konsep yang terbaru...
boleh copy je link ni...


http://ohartis.com/2011/09/gambar-kereta-terbaru-keluaran-proton-proton-espire-persona-r/


lagi satu kalo nak tau kete kita dikilangkan bile:
http://www.japan-partner.com/check-manufacture-year.php







Jumaat, Ogos 26, 2011

Khamis, Ogos 25, 2011

Selamat Raya Aidilfitri 2011



Selamat hari raya maaf zahir dan batin pada semua rakan2 di gugusan Felda lui...
-Lui Barat
-Lui Selatan
-Lui Muda
-Lui Timur
-Sungai Lui
-Air hitam

Jumaat, Ogos 12, 2011

Senyum Ramadhan

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

`alan`