Isnin, Disember 21, 2009

UNDANGAN

01/01/2010- DIJEMPUT KE MAJLIS CUKUR JAMBUL ANAK BUAH DEN DAN KENDURI KESYUKURAN SELEPAS ITU...DEN MENGAJAK SUME KAWAN2 DATANG KEK LUI....

02/01/2010- KENDURI KAWEN ADIK MALEK...SUME DIJEMPUT GAK

03/01/2010- PAIDUT JEMPUT DATANG UMAH KAT LUI...DIA BUAT KEKAH ANAK DIA.....


YANG BENAR
-KIMAKS-

Khamis, Disember 17, 2009

UNDANGAN PERKHAWINAN

Saya wakil menjemput rakan-rakan, sahabat handai dan kenalan serta keluarga kerana mengadakan majlis bagi menyempurnakan tambatan janji, izin berwali, ijab bersaksi, mendirikan istana kasih di singgahsana tanda termerai ikatan dua hati antara KAMARUL ZAHRIN BIN SUBOH dan pasangannya NURKARTINI BT ABDUL AZIZ untuk datang ke rumah ayahanda beliau pada 27 Disember 2009 (Ahad) ini di kampung Ayer Hitam, Negeri Sembilan
Turut mengudang seisi keluarga.
Terima kasih.

Jumaat, Disember 11, 2009

My Big Family


Isnin, November 30, 2009

KELAHIRAN TAHUN 2010

EKIN : JANGKAAN BERSALIN BULAN FEBUARI 2010

EMA : JANGKAAN BERSALIN BULAN MAC 2010

SITI : JANGKAAN BERSALIN BULAN JULAI 2010

ARNIDA ( BINI CILUI ) : JANGKAAN BERSALIN BULAN JUN 2010

Isnin, November 23, 2009

WALIMATUL URUS

Assalamualaikum kpd rakan2 yg menonton siaran langsung ini.
Adalah saya Mohd Azlan Bin Zakaria mewakil ajakan rakan semua seisi keluarga ke Majlis Perkahwinan rakan kita iaitu Abdul Halim bin Mat @Lokasi. Berikut adalah butirannya.

Khamis, November 12, 2009

KILOMETER 218 PLUS

Pada hari selasa lepas (10/11/2009) aku dan isteri (suzie) ke umbai melaka...kira jalan2 cari makan lah.tp ngan cikgu2 sek suzie.aku ngan suzie pegi naik kelisa biru 2 je.kete power simpan beb... lepas makan2 dalam jam 9.30 malam aku pun bertolak pulang ikut highway.masa pegi ikut jalan biasa je.memang hari 2 hujan je sampai malam.keluar je tol ayer keroh aku pun meneruskan perjalanan di atas highway yang basah itu...setelah beberapa minit menyusuri jalan dan memotong beberapa buah kereta yg berkuasa tinggi aku berlalu pergi..brooom....brooom...brooom.....sampailah aku nak exit ke tol simpang ampat/tampin sebab aku nak balik rembau.kelajuan tak pasti berapa tp tak lah laju sangat...aku masuk je susur keluar kat selekoh 2 kete terus gagal dikawal menyebabkan kete aku bekokok macam drift. aku pegang stereng kuat2 tanpa tekan brek dan biarkan je kete 2.....rasa tebalik2 pun ada...benti je kete aku terus cari suzie kat sebelah tapi tak ada...rupa2nya dah kat seat belakang tengah duduk relax...keluar je dari kete aku tengok kete aku tesadai dalam parit kat tebing dgn 2 tayar dpan tergantung...dari kesan pada tanah kete aku mugkin terseret jauh dan kete tercampak kat tebing bukit yg berparit.nak naik kete 2 kene panjat...bayangkan...aku rasa syukur sangat sebab aku ngan suzie selamat. cuma bengkak2 sikit kat kepala...dapat MC pun sari je.sedih gak tengok kete yang aku biasa drift pegi sekolah hari2 akhirnya sebegitu rupa pada malam itu.

Kejadian ni berlaku lebih kurang jam 10.00 malam di highway PLUS kilometer 218 alor gajah melaka. dan ketika ini anak aku sedang lena tido sambil menghisap susu botol di lui selatan. keadaan sebenar kejadian aku pun tak pasti kerana tiada saksi ketika itu. MAKA berhati-hatilah memandu terutama ketika waktu hujan....
Macam karangan lak kan...almaklumlah cikgu sek rendah yang taip...hahaha...

HIGHWAY DRIFT

Hentakan yg kuat dibhgian hadapan..No flat dirahsiakan

atas sebab2 keselamatan...




Henjin ok tp radiator ke dalam. tak tau la pecah ke tak...

masih dalam siasatan

Suku bumbung belakang remuk..kalo duduk sangkut kat kepala...

mungkin terhempas ke parit besar pada tebing jalan.aku pun tak tau

kerana tiada saksi semasa kejadian...



Sukar dibayangkan keremukan kete ini...hanya sport rim dan

pintu kiri belakang je yg elok tp sume belumpur...




Khamis, November 05, 2009

gambau dolu-dolu


form 5.........


darjah 3 kuning


kat umah yana..masa khatam ...

Isnin, November 02, 2009

Khamis, Oktober 29, 2009

HUDA BERSALIN

SALAM ALL...ALHAMDULILLAH
SITI NOR HUDA ATAU ISTERI PADA MOHD AZLAN ZAKARIA
SELAMAT MELAHIRKAN SEORANG BAYI PEREMPUAN DI
PERAK TEPAT JAM 12.40 MALAM TADI...
BAYI SEBERAT 2.3KG ( KALO TAK SILAP) BELUM DIBERI NAMA LAGI...
KELAHIRAN KALI INI ADALAH KANDUNGAN SELAMA 8 BULAN
YANG MANA SEPATUTNYA LAHIR HARI RAYA HAJI NANTI,,,

TAHNIAH PADA ALAN DAN HUDA...
SEMOGA SEMUANYA SELAMAT.....

TQ

Sabtu, Oktober 24, 2009

Al-Fatihah...........

Saya siti kpd wife adam ingin menyatakan bahawa berita yg tsebar di akhbar n seksyen tv baru2 iaitu berita yg hangat di perkatakan mgenai "pelakon janda mati terbakar" di kelantan adalah kawan sekolah saya ketika di sekolah menengah ideal heights,slyg.Beliau memulakan karier sbg pelakon ketika berusia 15thn n bkahwin dgn salah seorg anggota kump.OAG(skg mjadi kump.The Times)iaitu Natazar pd usia 17thn.Beliau meninggalkan seorang anak perempuan Dayang Fatiha Amanda yg ketika ini berusia 4thn.
Kematian arwah amat mgejut saya kerana kami agak rapat ketika di sekolah, Arwah merupakan seorg yg periang,peramah n senang bgaul....Kematian arwah amat menyayat hati kerana arwah terlibat dlm kemalangan di jln kota bharu-kuala krai ketika dlm pjalanan mghantar teman nya dr luar ngara ke hotel pginapan..arwah mati terbakar bsama 2lg rakan yg menaiki knderaan sama dgn arwah..Beliau selamat di semadikan di tanah perkuburan islam kota bharu.

Semoga Roh nya di cucuri rahmat.......AMIN!
aL-Fatihah untuk arwah Wan Noor Diana(Dayana Kamal).

Jumaat, Oktober 23, 2009

abah baru!!!!!!


bapak mithali ke???????

Al-Fatihah

Disini ingin saya memaklumkan bahawa abg ipar isteri saya Siti Norhuda Md Ali a.k.a biras saya telah meninggal dunia semalam. Berikut adalah slot berita di akhbar Berita Harian m/s 40 seksyen Nasional dan akhbar Harian Metro seksyen Setempat, hari ini. Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Amin.


Penyunting HM meninggal

KAMPUNG GAJAH: “Arwah tidak lalu makan dan sesekali meminta buah-buahan untuk mengisi perut sejak semalam (kelmarin). Beberapa jam sebelum menghembuskan nafas terakhir, arwah langsung tidak bercakap dan hanya mengelip mata tanda faham percakapan saya.

“Sejurus selepas itu, beliau berdiam diri dan apabila diperiksa, doktor mengesahkan beliau sudah meninggalkan kami buat selama-lamanya,” kata Norifidah Md Ali, 32.

Suaminya, Mazlan Hassan, 39, penyunting Harian Metro di Kuala Lumpur, meninggal dunia kira-kira jam 9.30 pagi semalam di Hospital Teluk Intan (HTI) selepas tiga tahun menderita penyakit barah usus.

Allahyarham yang pernah bertugas sebagai wartawan Harian Metro di negeri ini, meninggalkan seorang balu dan dua anak iaitu Nur Fatin Alia, 10, dan Nur Fatin Aina, 5.



Norifidah berkata, arwah bertarung dengan penyakit itu sejak tiga tahun lalu dan pernah beberapa kali menjalani pembedahan termasuk di Hospital Pakar Ipoh, HTI dan Hospital Kuala Lumpur.


Katanya, arwah terpaksa mengambil cuti panjang untuk menetap di rumah keluarga di Balun Bidai, Kampung Gajah.

“Selasa lalu, arwah mengadu sakit dan saya terus membawanya ke wad kecemasan HTI sebelum dimasukkan ke wad 1A bagi mendapatkan rawatan susulan.

“Saya sedih arwah meninggalkan kami begitu awal tetapi reda dan menerima takdir ini,” katanya.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Changkat Rambai, petang semalam.

Turut menziarahi jenazah, Pengarang Kumpulan Harian Metro/Metro Ahad, Mustapa Omar; Pengarang Eksekutif (Pengeluaran) Harian Metro, Ahmad Salim Bachok; Ketua Pengarang Berita Harian Metro, Othman Mamat; Ketua Penyunting Harian Metro, Yaacob A Rahim; Pengurus Kanan Jabatan Sumber Manusia NSTP, Abdul Shukor Alidan serta rakan setugas arwah di Kuala Lumpur.

Sementara itu, bapa arwah, Hassan Asnawi, 62, berkata Mazlan, anak sulung daripada lima beradik seorang yang taat kepada ibu bapa dan sangat menyayangi keluarga.

“Dia tidak meninggalkan sebarang wasiat cuma kerap menyatakan tiada selera hendak makan selepas Aidilfitri lalu.

“Arwah menghembuskan nafas terakhirnya di hadapan isteri dan ibunya (Halimah Zaini, 59).

“Kehilangannya meninggalkan kesan kepada kami sekeluarga tapi sebagai umat Islam kami reda dengan takdir itu,” katanya.

Isnin, Oktober 19, 2009

muhamad afiq azri bin mohd azizi


aku no komen....tapi tang hidung tuh ade sikit copy paidut...hahahaha

Terima Kaseh Sudi Datang

Salam sejahtera..

Alhamdulillah syukur kpd Allah krn jamuan ringkas yg diadakan sabtu lalu berjalan lancar. Bukanlah satu acara besar2an. Tetapi hidangan yang disediakan cukup dan tidak membazir.

Jamuan bermula dr jam 1.00 ptg hingga jam 8.30 mlm. tetamu yg hadir dikalangan rakan pejabat, makcik dan seorang kwn dr lui timur. menu yg kami sediakan ialah mee bandung muar, bubur durian (ada yg kate pengat durian) cicah ngan roti, buah2an, root beer and kuih raya laaa. x nmpk la jamuan raya kalo kuih raya x de... import dr batu pahat lagie. hahahahaha. otak2 pun ader ngan nasik goreng. bukan beli siap tau.. bakar sendiri...

malek dikhabarkan kurang sihat dan pada ketika itu beliau berada di klinik menurut kata isterinya. harap semuga beliau cepat sembuh. midon di kg. adam bekerja. lagi pun salah kami juga sebab jemput last minit. hmm.. xpe tahun dpn insyaallah kami akan adakan jamuan lagi. khaie lak kate jauh. zaki tak de khabar dari dier. tuak nombo ker??? wakakakaka

oklah nak wat keje nih.... kang kena jerit lak ngan boss.... nanti2 la celoteh lagi...

kays....last but not least (cam penah tgk jerk ayat nie)

babai........

Jumaat, Oktober 16, 2009

JEMPUTAN HARI RAYA KE TANJUNG MALIM, PERAK

Salam dan Selamat Sejahtera,

Assalamualaikum kpd semua rakan-rakan yang sedang membaca blog ini. Adalah dijemput kpd semua untuk datang ke rumah saya pada 17 hb Oktober 2009 (Sabtu) kerana saya ingin mengadakan jamuan hari raya walaupun ianya bukanlah satu renuion syawal seperti yang telah saya war-warkan. Jemputan ini bukan suatu acara besar-besaran tetapi sekadar ..... ringkasnya "makan-makan".

Jika rakan-rakan semua datang ke Tanjung Malim, Perak ini secara tidak langsung ianya menjadi salah satu program kita juga. Saya amat berbesar hati menerima kunjungan saudara saudari tuan puan sekalian. Terima kasih diucapkan.

Salam Syawal Dari Azlan, Huda dan Nuraisyah Sofia.

p/s :- dtg awal pun elok jugak.... hikhikhik... Jam tengah hari ...makan.

Jumaat, Oktober 09, 2009

Penubuhan ALUMNI atau Pertubuhan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Lui Barat

Salam dan Selamat Hari Raya kepada semua...

berdasarkan tajuk di atas hamba amat berharap pertubuhan yang lama dicadangkan dan cuba didaftarkan dapat diteruskan...
hamba berharap blog ini dapat menjadi tapak untuk mengumpulkan semua rakan2 bekas pelajar SMKLB...
jadi, hamba berharap semua rakan2 dapat menghubungi rakan2 lain supaya dapat melayari blog ini untuk mendapatkan sebarang maklumat atau dapat menyampaikan sebarang maklumat kepada rakan lain yang tak dapat melayari...
maklum balas atau pendapat dari semua rakan2 amat hamba perlukan dan hargai...
diharap tuan presiden jugak dapat mengaturkan satu mesyuarat untuk kita bincangkan hal tersebut...

Sekian terima kasih...

Selasa, Oktober 06, 2009

Selamat Hari Raya Dari Adam & Siti


Selamat Hari Raya kami ucapkan kpd sume yg m'ikuti blog ni,jika ade tkasar bhsa n tsalah kata kpd sume..maaf zahir & Batin

Isnin, September 28, 2009

CADANGAN @ PUNGUTAN SUARA

Salam Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin untuk semua

Alhamdulilah syukur kita kpd Allah kerana kita semua telah menunaikan perintah Allah iaitu berpuasa di bulan Ramadan. Dan kini kita menyambut hari raya dengan gembira.
Sehubungan dengan itu dapat kiranya kita bersama cuba berkumpul sekali lagi sempena syawal kali ini. Saya dengan ini cuba mendapat pandangan @ cadangan @ idea saudara-saudari untuk mengadakan "Reunion Syawal 1430 H". Sila lontarkan pandangan @ cadangan @ idea ke dalam blog ini. Sekian terima kasih.

" SELAMAT HARI RAYA DARI AZLAN, HUDA DAN NURAISYAH SOFIA"

Rabu, September 16, 2009

testing power....

hehehehe....

Selasa, September 01, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA 2009

Salam all...
pada hari sabtu minggu lepas iaitu pada 29/08/2009
telah diadakan majlis berbuka puasa......
ramai yang tak dapat join sebab keje dan sebab dah balik minggu
sebelumnya tu....jadi yang ade cume beberapa orang je

selain itu..kehadiran 3 buah toyota SE, sebuah toyota LE, dan sebuah yamaha lagenda
juga memeriahkan petang tersebut......

1.MALEK
2.EKIN
3.KALOK
4.SUZY
5.PAIDUT
6.ZAI
7.JEPON
8.MIDON

meriah jugak la...dan ade beberapa keping gambau yang sempat di snap
telor dadar 16 valve.....
siakap 4 throttle......
sup campur penzoil....
daging masak merah supercharger...
pari GT....
kailan goreng belacan sprinter...







lepas makan sume orang overheat.....sebab banyak sangat makan.....hahahaha
skian........
salamzzz........

Jumaat, Ogos 21, 2009

Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak





SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA KEPADA SEMUA SAHABAT..

cuti-cuti lagi......




nie gmbr ktaorg time g gnting 27/07/09 baru2 ni...best!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Khamis, Ogos 06, 2009