Khamis, Oktober 29, 2009

HUDA BERSALIN

SALAM ALL...ALHAMDULILLAH
SITI NOR HUDA ATAU ISTERI PADA MOHD AZLAN ZAKARIA
SELAMAT MELAHIRKAN SEORANG BAYI PEREMPUAN DI
PERAK TEPAT JAM 12.40 MALAM TADI...
BAYI SEBERAT 2.3KG ( KALO TAK SILAP) BELUM DIBERI NAMA LAGI...
KELAHIRAN KALI INI ADALAH KANDUNGAN SELAMA 8 BULAN
YANG MANA SEPATUTNYA LAHIR HARI RAYA HAJI NANTI,,,

TAHNIAH PADA ALAN DAN HUDA...
SEMOGA SEMUANYA SELAMAT.....

TQ

Sabtu, Oktober 24, 2009

Al-Fatihah...........

Saya siti kpd wife adam ingin menyatakan bahawa berita yg tsebar di akhbar n seksyen tv baru2 iaitu berita yg hangat di perkatakan mgenai "pelakon janda mati terbakar" di kelantan adalah kawan sekolah saya ketika di sekolah menengah ideal heights,slyg.Beliau memulakan karier sbg pelakon ketika berusia 15thn n bkahwin dgn salah seorg anggota kump.OAG(skg mjadi kump.The Times)iaitu Natazar pd usia 17thn.Beliau meninggalkan seorang anak perempuan Dayang Fatiha Amanda yg ketika ini berusia 4thn.
Kematian arwah amat mgejut saya kerana kami agak rapat ketika di sekolah, Arwah merupakan seorg yg periang,peramah n senang bgaul....Kematian arwah amat menyayat hati kerana arwah terlibat dlm kemalangan di jln kota bharu-kuala krai ketika dlm pjalanan mghantar teman nya dr luar ngara ke hotel pginapan..arwah mati terbakar bsama 2lg rakan yg menaiki knderaan sama dgn arwah..Beliau selamat di semadikan di tanah perkuburan islam kota bharu.

Semoga Roh nya di cucuri rahmat.......AMIN!
aL-Fatihah untuk arwah Wan Noor Diana(Dayana Kamal).

Jumaat, Oktober 23, 2009

abah baru!!!!!!


bapak mithali ke???????

Al-Fatihah

Disini ingin saya memaklumkan bahawa abg ipar isteri saya Siti Norhuda Md Ali a.k.a biras saya telah meninggal dunia semalam. Berikut adalah slot berita di akhbar Berita Harian m/s 40 seksyen Nasional dan akhbar Harian Metro seksyen Setempat, hari ini. Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Amin.


Penyunting HM meninggal

KAMPUNG GAJAH: “Arwah tidak lalu makan dan sesekali meminta buah-buahan untuk mengisi perut sejak semalam (kelmarin). Beberapa jam sebelum menghembuskan nafas terakhir, arwah langsung tidak bercakap dan hanya mengelip mata tanda faham percakapan saya.

“Sejurus selepas itu, beliau berdiam diri dan apabila diperiksa, doktor mengesahkan beliau sudah meninggalkan kami buat selama-lamanya,” kata Norifidah Md Ali, 32.

Suaminya, Mazlan Hassan, 39, penyunting Harian Metro di Kuala Lumpur, meninggal dunia kira-kira jam 9.30 pagi semalam di Hospital Teluk Intan (HTI) selepas tiga tahun menderita penyakit barah usus.

Allahyarham yang pernah bertugas sebagai wartawan Harian Metro di negeri ini, meninggalkan seorang balu dan dua anak iaitu Nur Fatin Alia, 10, dan Nur Fatin Aina, 5.



Norifidah berkata, arwah bertarung dengan penyakit itu sejak tiga tahun lalu dan pernah beberapa kali menjalani pembedahan termasuk di Hospital Pakar Ipoh, HTI dan Hospital Kuala Lumpur.


Katanya, arwah terpaksa mengambil cuti panjang untuk menetap di rumah keluarga di Balun Bidai, Kampung Gajah.

“Selasa lalu, arwah mengadu sakit dan saya terus membawanya ke wad kecemasan HTI sebelum dimasukkan ke wad 1A bagi mendapatkan rawatan susulan.

“Saya sedih arwah meninggalkan kami begitu awal tetapi reda dan menerima takdir ini,” katanya.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Changkat Rambai, petang semalam.

Turut menziarahi jenazah, Pengarang Kumpulan Harian Metro/Metro Ahad, Mustapa Omar; Pengarang Eksekutif (Pengeluaran) Harian Metro, Ahmad Salim Bachok; Ketua Pengarang Berita Harian Metro, Othman Mamat; Ketua Penyunting Harian Metro, Yaacob A Rahim; Pengurus Kanan Jabatan Sumber Manusia NSTP, Abdul Shukor Alidan serta rakan setugas arwah di Kuala Lumpur.

Sementara itu, bapa arwah, Hassan Asnawi, 62, berkata Mazlan, anak sulung daripada lima beradik seorang yang taat kepada ibu bapa dan sangat menyayangi keluarga.

“Dia tidak meninggalkan sebarang wasiat cuma kerap menyatakan tiada selera hendak makan selepas Aidilfitri lalu.

“Arwah menghembuskan nafas terakhirnya di hadapan isteri dan ibunya (Halimah Zaini, 59).

“Kehilangannya meninggalkan kesan kepada kami sekeluarga tapi sebagai umat Islam kami reda dengan takdir itu,” katanya.

Isnin, Oktober 19, 2009

muhamad afiq azri bin mohd azizi


aku no komen....tapi tang hidung tuh ade sikit copy paidut...hahahaha

Terima Kaseh Sudi Datang

Salam sejahtera..

Alhamdulillah syukur kpd Allah krn jamuan ringkas yg diadakan sabtu lalu berjalan lancar. Bukanlah satu acara besar2an. Tetapi hidangan yang disediakan cukup dan tidak membazir.

Jamuan bermula dr jam 1.00 ptg hingga jam 8.30 mlm. tetamu yg hadir dikalangan rakan pejabat, makcik dan seorang kwn dr lui timur. menu yg kami sediakan ialah mee bandung muar, bubur durian (ada yg kate pengat durian) cicah ngan roti, buah2an, root beer and kuih raya laaa. x nmpk la jamuan raya kalo kuih raya x de... import dr batu pahat lagie. hahahahaha. otak2 pun ader ngan nasik goreng. bukan beli siap tau.. bakar sendiri...

malek dikhabarkan kurang sihat dan pada ketika itu beliau berada di klinik menurut kata isterinya. harap semuga beliau cepat sembuh. midon di kg. adam bekerja. lagi pun salah kami juga sebab jemput last minit. hmm.. xpe tahun dpn insyaallah kami akan adakan jamuan lagi. khaie lak kate jauh. zaki tak de khabar dari dier. tuak nombo ker??? wakakakaka

oklah nak wat keje nih.... kang kena jerit lak ngan boss.... nanti2 la celoteh lagi...

kays....last but not least (cam penah tgk jerk ayat nie)

babai........

Jumaat, Oktober 16, 2009

JEMPUTAN HARI RAYA KE TANJUNG MALIM, PERAK

Salam dan Selamat Sejahtera,

Assalamualaikum kpd semua rakan-rakan yang sedang membaca blog ini. Adalah dijemput kpd semua untuk datang ke rumah saya pada 17 hb Oktober 2009 (Sabtu) kerana saya ingin mengadakan jamuan hari raya walaupun ianya bukanlah satu renuion syawal seperti yang telah saya war-warkan. Jemputan ini bukan suatu acara besar-besaran tetapi sekadar ..... ringkasnya "makan-makan".

Jika rakan-rakan semua datang ke Tanjung Malim, Perak ini secara tidak langsung ianya menjadi salah satu program kita juga. Saya amat berbesar hati menerima kunjungan saudara saudari tuan puan sekalian. Terima kasih diucapkan.

Salam Syawal Dari Azlan, Huda dan Nuraisyah Sofia.

p/s :- dtg awal pun elok jugak.... hikhikhik... Jam tengah hari ...makan.

Jumaat, Oktober 09, 2009

Penubuhan ALUMNI atau Pertubuhan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Lui Barat

Salam dan Selamat Hari Raya kepada semua...

berdasarkan tajuk di atas hamba amat berharap pertubuhan yang lama dicadangkan dan cuba didaftarkan dapat diteruskan...
hamba berharap blog ini dapat menjadi tapak untuk mengumpulkan semua rakan2 bekas pelajar SMKLB...
jadi, hamba berharap semua rakan2 dapat menghubungi rakan2 lain supaya dapat melayari blog ini untuk mendapatkan sebarang maklumat atau dapat menyampaikan sebarang maklumat kepada rakan lain yang tak dapat melayari...
maklum balas atau pendapat dari semua rakan2 amat hamba perlukan dan hargai...
diharap tuan presiden jugak dapat mengaturkan satu mesyuarat untuk kita bincangkan hal tersebut...

Sekian terima kasih...

Selasa, Oktober 06, 2009

Selamat Hari Raya Dari Adam & Siti


Selamat Hari Raya kami ucapkan kpd sume yg m'ikuti blog ni,jika ade tkasar bhsa n tsalah kata kpd sume..maaf zahir & Batin