Selasa, Disember 27, 2011

Respons Reunion

Salam

Lame aku x menulis dlm blog nih. Ape khabar sume? Saje nk respon ngan reunion tuh. Ske gak aku tgk & dgr usaha2 utk wat reunion nie. Klu jadi date 23hb tuh...waa mmg best dpt jumpe kengkawan lame. Dekat saploh tahun gak x jumpe. Memasing mesti bawak mcm citer saploh tahun nie. Waa....harapnyer pihak penganjur dapat merealisasikan reunion nie. Aku sokong. Hak hak hak. (Jgn arr cakap aku sokong jerk..buat keje tanak). Insyaallah aku ader utk reunion tuh. Klu x g Turki la.

Hmm.... x de sape nk g bercuti ker. Tensen arr keje. Dpt tido semlm kat hotel best per. Alaa x muflis la kuar duit sikit utk enjoy diri sendiri. Ingt nk bukak mulut ajak kengkawan g Teluk Dalam Pulau Pangkor. Atau pun Swiss Garden Damai Laut. Amacam. Klu g reramai baru seronok. Walau pun tido kat Port Dickson skali pun klu g reramai lain seronoknyer.

Kay lah nanti2 aku tulis lagi. Aku nak siapkan tesis nie jap. Bye. Wsalam.

Rabu, Disember 21, 2011

JEMPUTAN WALIMATUL URUS

selaku wakil....
rosliwati binti kamarudin......
dari lui timur.....
menjemput kawan2 yang mengenali ke majlis perkahwinan
abang kandungnya pada:

tarikh: 01/01/2012
masa: 12.00 tghari hingga 4.00 ptg


p/s-kalo nak jumpa bakal tunang atie boleh datang..hehehehe

Selasa, Disember 20, 2011

Reunion SMKLB batch kelahiran 1982

Assalamualaikum...

Salam Sejahtera dan Salam SMKLB'99 dihatiku......
Finally after 13yrs, suka dimaklumkan buat semua, kami akan mengadakan satu perjumpaan bekas pelajar2 SMKLB'99 pada 23 Jan 2012 (Cuti Raya Cina,)....
Harap semua kawan2 dapat beri sokongan dan kerjasama........
Tempat: SMKLB (tapi xconform lagi...still dlam proses permohonan...klu xdpat, kita akan buat sekitar LUI..
so bleh check inn umah mak&ayah masing2 yer...)
Bayaran: RM20/head..--> Ibu/Mak/Mama/Mummy/Ummi + Abah/Ayah/Papa/Daddy = RM40--> Anak2 kepada pasangan tidak dikenakan bayaran...
Cara Pendaftaran & Bayaran:
Sila refer wakil2 kawasan:
Lui Barat: Norlelah (Lela)
Ayer Hitam: Shahrul (Aloy)
Lui Selatan: Nakaie
Lui Muda: Norzita (Ita)
Lui Timur: Akan diberitahu...
Sungai Lui: Akan diberitahu....
Atucara program: Akan dimaklumkan kemudian.....yang penting ado makan lah yo...

**Sebarang pertanyaan boleh terus bertanya kepada kami... Kami juga mengalu-ngalukan kwn2 yang nak berkerjasama menjadi ahli jawatankuasa bagi menjayakan program ni....InsyaAllah.....Sekian, TQ

Rabu, November 09, 2011

JEMPUTAN WALIMATUKL URUS



NAKHAIE BIN AHMAD ( LUI SELATAN 2 )
dengan segala hormatnya menjempau semua rakan2 yang mengenali beliau....

ke majlis pernikahan beliau di kuala lumpur....

tarikh nikah : 27 hb januari 2012
sanding : 28 hb januari 2012

Majlis persandingan di Felda Lui Selatan : 04 hbFebuari 2012

*turut mengundang seisi keluarga

MEMILIH SAHABAT

Pepatah Inggeris ada menyatakan bahawa “No man is an island” yang membawa maksud tidak seorang pun di antara kita yang berupaya hidup terasing seperti pulau di tengah lautan. Berikanlah apa-apa saja nama panggilan samada teman, rakan, kawan atau sahabat kerana secara fitrahnya sememangnya manusia amat memerlukan seseorang untuk berdampingan.

Dalam memilih sahabat, Rasulullah SAW pernah bersabda;

“seseorang itu atas agama(perjalanan) rakannya maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa yang harus dipilih menjadi rakan.”

Pesanan baginda melalui hadisnya itu perlu dijadikan panduan kepada kita dalam memilih sahabat. Sahabat banyak mempengaruhi pemikiran, tindakan dan tingkahlaku kita berbanding dengan orang lain yang bukan bergelar sahabat. Ini menjadikan sahabat sebagai cerminan atau refleksi kepada SIAPA diri kita.

Kita juga sering mendengar dari mulut orang-orang di sekeliling kita apabila berkata tentang seseorang; “Lihatlah dengan siapa dia berkawan…”. Ini menunjukkan bahawa sedikit sebanyak sifat yang dimiliki sahabat adalah sebahagian dari sifat yang dimiliki oleh kita. Dengan siapa kita bersahabat, itulah yang mencirikan diri kita yang sebenarnya.

Kesukaran dalam memilih sahabat pernah disuarakan oleh Saidina Ali karamallahuwajhah melalui kata-kata hikmahnya yang berbunyi; “Seseorang yang mempunyai seribu orang kawan sukar mendapat seorang pun sahabat yang setia bila dia benar-benar memerlukan, tetapi jika dia mempunyai seorang musuh, dia akan mendapati musuh itu ada di mana-mana”.

Imam Al-Ghazali menerusi kitabnya yang bertajuk Ihya` Ulumuddin (Bimbingan Mukminin) telah memetik pesanan Al-Qamah kepada puteranya dalam memilih sahabat. Katanya, “Wahai anakku! Kiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :

1.Jika engkau membuat bakti kepadanya, dia akan melindungimu.
2. Jika negkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, dia akan membantumu.
4. Jika engkau menghlurkan sesuatu kebaikan padanya, dia akan menerimanya dengan baik.
5. Jika dia mendaat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, dia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu untuk meminta) dia akan menanyakan kesusahanmu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu.
11. Jika engkau merancang sesuatu, nescaya dia akan membantumu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Lantaran itu, berhati-hatilah dalam memilih sahabat. Kesilapan dalam memilih sahabat bukan sahaja membawa kita ke lembah kehinaan malah apabila kita memerlukannya pada waktu yang amat sukar, sudah pasti dia akan menjauhkan diri dari kita. Sebagai seorang sahabat pula, seboleh-bolehnya kita jadilah sahabat yang terbaik kepada mereka yang memerlukan seperti yang telah digariskan di dalam hadis dan Al-Quran. Dengarkanlah firman Allah SWT dalam surah Al-Imran (3) : 159 yang berbunyi;

“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.”

Khamis, Oktober 27, 2011

5 c

Rabu, September 28, 2011

PANGLIMA SG BULOH



'Panglima Sg buloh'

Perarakan panglima di UPSI
>> Oleh Alan
biskot@yahuu.moc

Tg Malim - Pada 27 hb September 2011 telah berlangsung satu acara gilang gemilang menyambut kepulangan seorang panglima yang cukup disegani oleh penghuni hutan. Ketibaan Panglima Sg Buloh disambut dengan meriah di Padang UPSI.
Panglima yang segak bertanjak dan berbaju pink telah diarak memasuki padang dengan alunan serunai yang di import khas dari negara Pulau Tak Berpenghuni.