Khamis, Mei 17, 2012

Mengaktifkan ciri-ciri keselamatan di facebook part 3

Assalamulaikum semua rakan-rakan...

kembali kita dalam ruangan keselamatan penggunaan internet...
kali ini kita akan membincang satu lagi ciri-ciri keselatan di facebook...
ia dipanggil pelayaran selamat....
apakah pelayaran selamat...

sebelum saya terangkan dengan lebih lanjut...
saya akan terangkan serba sedikit dulu tentang http dan https...
apakah itu http dan apakah https...
ok... jika anda perhatikan di bar alamat anda atau address bar di browser atau pelayar internet anda...
anda akan nampak bahawa laman web akan beralamat atau ditaip seperti ini... cth... http://www.blogger.com/ atau http://budaklui.blogspot.com/ ...
ini perkara biasa yang anda nampak kan... http bermaksud hypertext transfer protocol....
dengan maksud mudah ia adalah satu protokol yang digunakan internet untuk menghantar dan menerima data... ok... tak perlu kita tau lebih lanjut atau mendalam...
sekarang anda pernah tak jumpa alamat seperti ini... cth: https://login.facebook.com/ atau https://login.maybank2u.com.my/ ....
jika anda biasa menggunakan online banking atau online booking pasti anda akan lihat alamat seperti itu...
apakah yang memberi maksud pada "s" itu... adakah sama atau ada perbezaan nya dengan web yang biasa...
ok...
"s" itu sebenarnya memberi maksud secure atau selamat...
itu memberi maksud https adalah untuk pelayaran yang selamat...
ini kerana http yang biasa akan menghantar apa yang anda taip atau lebih memberi maksud menghantar data secara terus antara anda(client) dengan server... ini bermaksud pengguna lain atau para penggodam boleh mendapatkan apa yang anda hantar atau apa yang server hantar pada anda... ini sebenarnya sering terjadi atau salah satu cara penggodam mendapatkan id dan pass anda... terutama jika anda menggunakan internet di tempat awam seperti cc, atau di mana2 wireless yang diakses oleh orang lain juga...
tapi jika anda menggunakan https data yang dihantar oleh anda atau server akan di ubah menjadi satu kod yang tidak boleh dipahami... hanya difahami oleh server dan web browser anda...
port yang digunakan server juga berlainan dari port yang biasa digunakan oleh web server iaitu 80... https tidak menggunakan port 80... jadi serangan ke port itu oleh penggodam juga tidak menjejaskan anda...
cukup lah rasanya dengan penerangan tersebut tentang http dan https...

sekarang kita kembali ke perbincangan asal iaitu pelayaran selamat oleh facebook...
jika anda mengaktifkan ciri-ciri ini juga sebenarnya menyebabkan anda menggunakan alamat https...
jadi pelayaran anda menjadi lebih selamat dengan sekurang-kurangnya mengurangkan risiko dari penggodam mengeksploitasi maklumat atau data yang anda hantar ketika melayari facebook...

cara-cara mengaktifkannya ialah dengan mengklik ikon anak panah ke bawah yang berada di atas sebelah kanan iaitu disebelah link Halaman utama...
kemudian klik pada Tetapan akaun...
pilih Keselamatan...
pelayaran selamat berada di atas...
klik pada sunting yang berada di sebelah kanan nya...
tanda pada kotak yang sebelahnya bertulis browse facebook on a secure connection (https) when possible....
kemudian klik pada simpan perubahan....
ikut arahan berikutnya sekiranya ada...

ok...
itu sahaja dihari ini...
selamat mencuba...
Layari internet dengan selamat...
Layari Facebook dengan selamat...
jaga identiti anda...

Tiada ulasan: